Cara Buat Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan

Buat Bisnes Aiskrim. Ramai yang mungkin akan kata kerja yang dibuat ni macam takde standard. Lagi ok kalau cari kerja di pasaraya ataupun di tempat-tempat yang ada air cond. Tak payah susah payah nak kena cari customer sana sini macam kalau anda tengok di kawasan perumahan anda itu. Keliling kawasan perumahan cari pelanggan.



Walaupun begitu, tahukah anda berapa income mereka semua ni sebulan dengan hanya jual aiskrim? Itupun mungkin mereka mungkin ada kerja lain yang dibuat. Bukan hanya jual aiskrim semata-mata dan mungkin juga buat bisnes aiskrim ni pada hujung minggu sahaja. Tak payah hari-hari....

Jana RM5k Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim!

Ini sebenarnya bukan rekaan atau dongeng. Ini adalah kisah benar. 

Tengoklah sendiri...ada je yang buat bisnes aiskrim dan mampu mendapat keuntungan yang tinggi dengan hanya buat bisnes aiskrim secara part time je. Daripada lepak je di rumah tak buat apa, apa salahnya kan buat bisnes aiskrim ni. Kalau ada lebih, boleh makan aiskrim tu atau boleh la sedekah sikit kat anak-anak jiran. Sedekah kan ke bagus untuk bisnes juga..:D

Bagaimana Nak Buat Bisnes Aiskrim Macam tu?

Dalam Panduan Bisnes Aiskrim ini, anda akan didedahkan dengan 5 Bab Penting untuk pastikan anda lebih berjaya lagi. Ikut je panduan yang diberikan, insyallah ada hasilnya nanti. Dalam bisnes tak boleh la tergopoh-gapah..cuba tengok beberapa bab menarik yang ada dalam Panduan Bisnes Aiskrim ni..

Bahagian Pendahuluan.

Pada bahagian ini, saya akan cerita tentang potensi bisnes aiskrim ini dengan lebih jelas. Agar anda nampak yang model bisnes aiskrim ini memang boleh pergi jauh.

Bahagian ini juga penting, agar anda nampak hala tuju bisnes anda. Ia lebih kepada mindset mencari peluang.

Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim

Dalam bab ini, saya akan ceritakan lebih terperinci tentang peluang bisnes aiskrim ni tanpa perlu tiru apa yang mat bangla, pakistan & Myanmar buat. Macam mana tu?

Dalam bab itu juga diterangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana kelebihan ini, jarang sekali ada pada produk lain. Anda akan garu kepala lepas tahu keajaiban ini. :)

Saya akan terangkan daripada segi margin keuntungan, modal permulaan & betul ke tak perlukan kemahiran yang tinggi? Hanya yang dah tahu akan tersenyum lebar. :)

Bab 2: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?

Sejujurnya inilah konten paling mahal dalam ebook ni. Dengan tahu rahsia bab ini, anda  tak perlu tebal muka bunyikan loceng sambil tunggung motor.

Malu beb, kalau jiran nampak. Terserempak dengan anak sedara. Saya akan beritahu lubuk-nya yang sebenar dalam bab ini.

Dengan tahu lubuk ini, anda boleh ‘jual’ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Best betul kalau ada ilmu ni kan. Kerja sikit, tapi lumayan.

Bab 3: Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?

Lubuk dah tahu pun tak guna kalau tak tahu cara buat persiapan. Dah lah ais krim ni cepat cair.

Apa peralatan yang diperlukan? Sebelum proses? Semasa kerja operasi dijalankan? Bab ini kita perlu tahu agar kita tidak kelam-kabut nanti.
Semuanya ada saya ceritakan dalam bab ini. Ada gambar. Insyaallah, mudah faham.

Bab 4: Rahsia Pemprosesan Aiskrim

Apa resepinya? Apa bahan-bahan asasi yang diperlukan? Bagaimana nak buat ais krim di rumah anda sendiri? Bagaimana cara pemprosesannya?

Anda kena belajar ilmu ni, barulah jimat. Barulah boleh dapat margin tinggi. Kalau anda ambil dekat suplier, sebenarnya suplier yang untung banyak.
Jangan risau, dalam bab ini saya terangkan terperinci apa bahan masakan dalam bentuk gambar. Agar anda boleh beli sendiri di kedai runcit. Siap jenama brand saya beritahu.

Paling best dalam bab ni. Anda boleh buat aiskrim perisa anda sendiri. Yahooo…!

Bab 4.1: Carta Alir Pemprosesan Aiskrim

Dengan carta alir ni, ia memudahkan anda nampak apa yang perlu didahulukan. Apa yang perlu dikemudiankan.

Saya faham, bila anda baca ebook lain. Kadang-kadang anda pening, nak mula mana satu dulu ni?

Tapi jangan risau. Dalam ebook ini saya sediakan carta alirnya. Demi untuk memudahkan anda faham.

Bab 5: Info Asas Tentang Aiskrim.

Dalam bab ini anda akan tahu ada berapa jenis aiskrim di Malaysia ni? Apa yang membezakan jenis-jenis aiskrim ni?

Kenapa aiskrim jenis A lebih murah berbanding jenis B? Kenapa aiskrim yang kita beli dekat supermarket cepat cair?

Aiskrim yang bagaimana yang dikatakan mesra-pengguna? Ada saya beritahu jawapannya. Agar anda tak kekok bila diajukan soalan ini satu hari nanti. :)

Nampak tak...

Banyak sungguh anda boleh belajar tentang dunia bisnes aiskrim ni. Takkanlah dengan ilmu yang begitu banyak ni anda rasa tak berbaloi untuk dapatkan Panduan Bisnes Aiskrim ini. Apa nak malukan buat bisnes pada hujung minggu. Duit pun dapat. Cukup bulan boleh buat belanja untuk bercuti ke mana-mana..tak gitu?



Back To Top